Kebun Kurma Baisan Saat Ini, Isyarat Munculnya Al Masih Ad-Dajjal

Selain tanda kiamat dimana Pohon Gharqad Akan Melindungi Yahudi, Kebun Kurma Baisan juga adalah salah satu tanda kiamat. Tulisan kali ini sebenarnya adalah manifestasi keuntungan menjadi blogger, salah satunya memberi informasi pada orang lain. Semoga menjadi amal jariyah. Amin.

Menurut Wikipedia Beit She’an, (Beesan, Beisan atau Bisan) adalah sebuah kota yang terletak di distrik North District dari Israel yang memainkan peranan sejarah yang teramat penting berdasarkan lokasi geografisnya yang terletak di persimpangan dari lembah sungai Lembah Sungai Jordan dan lembah Jezreel. Kota ini juga memainkan peranan yang teramat penting di dunia modern, di mana ia bertindak sebagai pusat kegiatan regional untuk beberapa desa di sekitarnya Beit She’an Valley Regional Council.

Baca lebih lanjut

Allah menolak satu doa dari tiga doa Rasulullah

‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : “Satu hari Rasulullah telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah. Kemudian Rasulullah berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

  1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.
  2. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.
  3. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan karena pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

MAKANAN DARI HASIL TILIK

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, “Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?”

Abu Bakar menjawab, “Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?” Hamba menjawab, “Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila saja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini.”

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, “Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku.” Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar. Kata seorang pemerhati, “Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit.”

“Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, “Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku.”